Latar belakang Perniagaan

IMG_3242[1]

Sejak dari zaman remaja lagi sy memamg suka melihat wanita yang cantik, anggun dan menawan lebih2 lagi jikakena dengan gaya pakaiannya. Tidak semestinya wanita yang putih gebu itu cantik.Walaupun tidak mempunyai rupa paras cantik spt Siti Nurhaliza,Tidak kira wanita itu putih, hitam, gemuk atau kurus namun wanita tetap boleh kelihatan cantik jika pandai menggayakn pakaian dan tudung mengikut kesesuaian mereka.Justeru itu timbul minat untuk menceburkan diri dengan menjual pakaian dan tudung secara kecil-kecilan dengan adik beradik,saudaramara dan rakan-rakan sepejabat. Ia berlarutan sehingga pernah juga menjual di pasar Ramadhan, expo perniagaan dan pasar malam. Tidak mengenal erti putus asa, dan apabila dapat melihat pelanggan membeli dan memakai koleksi pakaian yang saya jual sudah cukup memuaskan hati saya.

Pada tahun 2010 saya mengorak langkah membuka butik & salon kecantikan khas untuk muslimah. Dengan berbekalkan pengalaman  selama 15 tahun dalam bidang kecantikan, saya mula menjenamakan koleksi pakaian saya kepada Anggun Kurung. Kenapa saya memilih nama anggunkurung? Sebabnya Fesyen baju kurung tak pernah lapuk dik zaman, dari zaman kita kanak2 hingga ke anak cucu kita, pakaian ini menjadi satu pakaian rasmi dan tidak rasmi untuk masyarakat melayu. Malah baju kurung juga mempunyai ciri-ciri meliputi aurat wanita yang tidak keterlalaun fesyennya. Sebagai wanita muslimah Islam, saya juga bertanggungjawab untuk menjual pakaian yang patuh syariah. Insha Allah amanah Allah akan saya jaga. Semoga Allah merahmati usaha dan impian saya terhadap AnggunKurung.

Anggun Kurung Muslimah Cantik & Menarik !!